Powered by Blogger.

Sunday, March 4, 2012

Introduce New Design from Sophie Paris

hi ! Sophie Paris is a new product launched in January 2012 at Malaysia.





to whom interest to buy, please email to salmi.sapura@gmail.com.please visit the below link to see the whole catalog:
http://sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html

Wednesday, March 16, 2011

terima kasih

Terima kasih, Kerana sentiasa memberi aku peluang yang tiada penghujung dan penghabisan Terima kasih, Kerana sentiasa berada disisi memberi kekuatan dan ketenangan Terima kasih, Kerana sentiasa memaafkan setiap kali membuat kesalahan Terima kasih ya Allah yang Maha Pengasih n Penyayang, Tanpa pentujuk mu aku sesat jauh dari hidayah mu Terima kasih, Kerana sentisa memberi dorongan dan sokongan apabila aku berada di dalam kesusahan Terima kasih, Kerana sentiasa memberikan senyuman dalam hidupku Terima kasih, Kerana sudi menerima aku seadanya... Terima kasih sayangku With love, Salmiezhwan

Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, November 22, 2010

kesinambungan kisah

Saya tertarik pulak hendak kongsi kisah kenapa Nabi Ibrahim a.s dibakar ke dalam api.


Kisah bermula..

Ia nya sudah menjadi adat tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babilon, sekali dalam setiap tahun mereka keluar daripada kota secara beramai-ramai untuk meraikan hari raya yang dianggap sebagai keramat. Nabi Ibrahim a.s mengambil peluang tersebut untuk memusnahkan berhala-hala (Patung hasil buatan manusia)

Patung berhala tersebut tersusun rapi dari kedudukan yang kecil sehingga kepada yang besar. Patung kecil dihancurkan semuanya dengan kapak. Beliau kemudiannya menyangkutkan kapak tersebut kepada patung yang terbesar, satu-satu nya patung berhala yang tidak dihancurkan.

Apabila penduduk pulang, mereka terkejut melihat kemusnahan patung berhala mereka. Terdapat individu yang mengetahui bahawa Nabi Ibrahim memasuki perkarangan itu. Satu pengadilan telah ditentukan bagi mengadili kes tersebut

Nabi Ibrahim a.s disoal oleh para hakim "Apakah engkau yang menghancurkan dan merosakkan tuhan-tuhan penyembahan kami?"

Nabi Ibrahim a.s menjawab dengan tenang "Patung yang besar yang berkalung kapak di leher nya itulah yang melakukannya. Cuba tanya kepada patung -patung itu, siapakah yang menghancurkannya?"

Mereka membalas setelah berbincang sesama sendiri "Engkau telah mengetahui bahawa patung-patung itu tidak mampu bercakap ataupun berkata-kata, mengapa engkau minta kami untuk bertanya kepadanya?"

Inilah saat yang dinanti oleh Nabi Ibrahim a.s untuk membentangkan hujah-hujah kepada seluruh penduduk memandangkan hampir keseluruhan penduduk membanjiri tempat tersebut hanya semata-mata mempertahankan tuhan mereka kerana adat warisan nenek moyang mereka.

Bekata Nabi Ibrahim a.s "Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat manfaat atau menolak kemudaratan, bahkan tidak dapat menolong diri mereka dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan penyembahan kamu itu! Tidakkah kamu dapat berfikir dengan akal yang sihat, bahawa penyembahan kamu adalah perbuatan yang mengelirukan dan diilhamkan oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan memberi kuasa kepada kamu di atas muka bumi ini dengan segala kekayaannya. Alangkah hinanya kamu dengan penyembahan kamu itu"

Setelah itu Nabi Ibrahim selesai menghuraikan pidatonya,para hakim membuat keputusan bahawa Nabi Ibrahim a.s harus DIBAKAR HIDUP-HIDUP sebagai balasan terhadap perbuatannya yang menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka.

Sebagai persediaan upacara pembakaran, kayu dikumpulkan setiap penduduk secara bergotong royong dan setiap rakyat harus mengambil bahagian dengan membawa kayu bakar sekuat dan banyak yang boleh sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan mereka yang telah dihancurkan Nabi Ibrahim a.s

Setelah mengumpul kayu bakar laksana bukit yang dirancang untuk upacara pembakaran. Kayu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang sangat dasyat, lidahnya menjulang tinggi sehingga burung-burung yang berterbangan di langit jatuh terbakar kerana bahang daripada api yang mengunung.

Namun Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada api tersebut yang pada sangkaan mereka Nabi Ibrahim a.s telah hangus terbakar. Nabi Ibrahim membaca kalimat yang telah saya nyatakan di bawah "Hasbulnallah wa ni'mal wakil"

Firman Allah,

"Wahai api! Jadilah engkau sebagai dingin dan selamatkan Ibrahim"
(Al-Anbiya' : 69)
Semoga kita mendapat manfaat nya.

with love,
salmiezhwan



Saturday, November 20, 2010

Doa seharian

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa neraka

Ya Allah, kami memohon kepada Mu ampunan,afiat dan kebaikan yang lesteri di dunia dan akhirat

Ya Allah, kami memohon semua kebaikan yang pernah diminta oleh Nabi Mu Muhammad s.a.w, dan kami berlindung dari semua kejahatan yang pernah diminta oleh Nabi Mu Muhammad s.a.w

Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari segala rasa gundah dan sedih, kami berlindung dari sikap lemah dan malas, kami berlindung dari sikap kikir, pengecut dari tekanan hutang, dan kejahatan orang-orang jahat

Maha suci Rabb Mu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas para Rasul. dan segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam.

Pilihan Allah adalah yang pilihan yang terbaik

Bangunlah, jika Dia menghendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk. Bersabarlah ketika Allah menjadikan anda seorang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan anda orang yang kaya. Itulah yang harus anda lakukan.

Maka kita harus yakin, redha dengan qada' n qadar yang tertulis untuk kita, bersyukur kita dilahirkan di dalam Islam. Amin. Mudah2an mendapat manfaat dari Nya

with love,
salmiezhwan

Friday, November 19, 2010

Hasbunallah wa ni'mal wakil

"Hasbunallah wa ni'mal wakil", diucapkan oleh Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin dan selamatlah Ibrahim. Kalimat ini juga diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada perang Badar sehingga Allah memberikan kemenangan.

Tatkala Ibrahim diletakkan di atas tungku api, Jibrail bertanya kepadanya "Apakah engkau memerlukan sesuatu (pertolongan) dariku?" Ibrahim menjawab "Aku tidak memerlukan pertolonganmu. Saya hanya perlu pertolongan Allah"

Berkat kalimat "hasbunallah wa ni'mal wakil" laut yang meneggelamkan terbelah dan api yang membakar pun menjadi dingin.



hasbunallah wa ni'mal wakil is the word that my lovely grandma rodziah keep saying to me when ever i feel so deep down and very sad. thanks for your advise grandma

with love,
salmiezhwan

wedding ring

wow its just so nice...........




Don't know which one are suite with me...
gold or silver?

with love,
salmiezhwan

Monday, November 1, 2010

hati ku yang telah di ubati

Dulu...
aku amat yakin sekali....
tiada lagi ruang untuk ku meneruskan lagi...

meneruskan hidup yang penuh dengan dugaan...

dugaan yang tidak pernah kenal erti berhenti!!

Dulu...........
perjalanan ini terasa amat berat sekali..

sehingga terfikir di benak akal ku..
bilakah akan berakhir..


berakhir nya segala penderitaan.
segala kesakitan..
segala kekecewaan...

pergi!!!!

tidak mahu lagi kau datang singgah...


pergi jauh jauh dari hidup ku...........




kini.....

senyuman mengukir di bibir..
alhamdulilah..
syukur ku kehadrat illahi..

alhamdulilah..

kehadiran mu ........
mengajar ku ....
menolong ku...
membantu ku...



terima kasih .....

hati ku telah kau ubati..

terima kasih sayang..


my family

my lover

my best friend forever

with love,
salmiezhwan

Template by:
Free Blog Templates