Powered by Blogger.

Friday, March 5, 2010

Jangan bersedih....

karya daripada DR 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Merenunglah dan bersyukur...

  • Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada segala yang kamu mohonkan kepada-Nya. Jika kamu menghitung ni'mat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim (menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya) lagi sangat kufur (tidak mensyukuri ni'mat Tuhannya). (Ibrahim:34)
  • Tidakkah kamu memperlihatkan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu ni'mat2 Nya yang zahir & batin? Namum begitu, ada antara manusaia ayng membantah mengenai (sifat2) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana2 Kitab Allah yang menerangi kebenaran.(Luqman:20)
  • Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Al-Rahman:13)
  • Dan di bumi, terdapat tanda2 (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil2 dan bukti itu) ?(Adz-Dhariyat:20-21)
  • Mereka mengetahui ni'mat Allah, kemudian mereka tergamak meningkarinya. Kebanyakkan mereka ialah ornag kufur. (Al-Nahl:83)
Yang lalu, biarlah berlalu..............................
  • Meningati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalam nya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi, orang yang menjalani kehidupan seada nya.
  • Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakan di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanpun berbagai peristiwa tersebut hanya sebahgian dari masa lalu dan sekarang semua nya telah berakhir.
  • Dengan demikian, tak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lagi, semua nya tak kan dapat berulang dan hidup kembali. kerana ianya memang sudah tiada.

Template by:
Free Blog Templates