Powered by Blogger.

Monday, November 22, 2010

kesinambungan kisah

Saya tertarik pulak hendak kongsi kisah kenapa Nabi Ibrahim a.s dibakar ke dalam api.


Kisah bermula..

Ia nya sudah menjadi adat tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babilon, sekali dalam setiap tahun mereka keluar daripada kota secara beramai-ramai untuk meraikan hari raya yang dianggap sebagai keramat. Nabi Ibrahim a.s mengambil peluang tersebut untuk memusnahkan berhala-hala (Patung hasil buatan manusia)

Patung berhala tersebut tersusun rapi dari kedudukan yang kecil sehingga kepada yang besar. Patung kecil dihancurkan semuanya dengan kapak. Beliau kemudiannya menyangkutkan kapak tersebut kepada patung yang terbesar, satu-satu nya patung berhala yang tidak dihancurkan.

Apabila penduduk pulang, mereka terkejut melihat kemusnahan patung berhala mereka. Terdapat individu yang mengetahui bahawa Nabi Ibrahim memasuki perkarangan itu. Satu pengadilan telah ditentukan bagi mengadili kes tersebut

Nabi Ibrahim a.s disoal oleh para hakim "Apakah engkau yang menghancurkan dan merosakkan tuhan-tuhan penyembahan kami?"

Nabi Ibrahim a.s menjawab dengan tenang "Patung yang besar yang berkalung kapak di leher nya itulah yang melakukannya. Cuba tanya kepada patung -patung itu, siapakah yang menghancurkannya?"

Mereka membalas setelah berbincang sesama sendiri "Engkau telah mengetahui bahawa patung-patung itu tidak mampu bercakap ataupun berkata-kata, mengapa engkau minta kami untuk bertanya kepadanya?"

Inilah saat yang dinanti oleh Nabi Ibrahim a.s untuk membentangkan hujah-hujah kepada seluruh penduduk memandangkan hampir keseluruhan penduduk membanjiri tempat tersebut hanya semata-mata mempertahankan tuhan mereka kerana adat warisan nenek moyang mereka.

Bekata Nabi Ibrahim a.s "Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat manfaat atau menolak kemudaratan, bahkan tidak dapat menolong diri mereka dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan penyembahan kamu itu! Tidakkah kamu dapat berfikir dengan akal yang sihat, bahawa penyembahan kamu adalah perbuatan yang mengelirukan dan diilhamkan oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan memberi kuasa kepada kamu di atas muka bumi ini dengan segala kekayaannya. Alangkah hinanya kamu dengan penyembahan kamu itu"

Setelah itu Nabi Ibrahim selesai menghuraikan pidatonya,para hakim membuat keputusan bahawa Nabi Ibrahim a.s harus DIBAKAR HIDUP-HIDUP sebagai balasan terhadap perbuatannya yang menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka.

Sebagai persediaan upacara pembakaran, kayu dikumpulkan setiap penduduk secara bergotong royong dan setiap rakyat harus mengambil bahagian dengan membawa kayu bakar sekuat dan banyak yang boleh sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan mereka yang telah dihancurkan Nabi Ibrahim a.s

Setelah mengumpul kayu bakar laksana bukit yang dirancang untuk upacara pembakaran. Kayu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang sangat dasyat, lidahnya menjulang tinggi sehingga burung-burung yang berterbangan di langit jatuh terbakar kerana bahang daripada api yang mengunung.

Namun Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada api tersebut yang pada sangkaan mereka Nabi Ibrahim a.s telah hangus terbakar. Nabi Ibrahim membaca kalimat yang telah saya nyatakan di bawah "Hasbulnallah wa ni'mal wakil"

Firman Allah,

"Wahai api! Jadilah engkau sebagai dingin dan selamatkan Ibrahim"
(Al-Anbiya' : 69)
Semoga kita mendapat manfaat nya.

with love,
salmiezhwan



0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates